"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Wednesday, October 11, 2017

Kami Menawan Gunung!

Setelah hampir empat tahun berkahwin dan berhenti daripada melakukan aktiviti lasak kini timbul pula hobi baru buat kami sekeluarga!

Alhamdulillah, empat tahun berkahwin dikurniakan dua orang mujahid.

Bermula dengan idea suami mendaki Gunung Pulai di Pontian kini dah menjadi hobi kami!

Mana tak tercabar, naik sama² tapi takkan encik suami je sampai puncak kan. Jadi, walaupun badan tak 'fit' tak cukup stamina alhamdulillah saya dan anak² berjaya sampai ke puncak gunung!

01 Gunung Pulai
02 Bukit Soga
03 Gunung Lambak
04 Gunung Banang

Sudah empat gunung berjaya kami sekeluarga tawan jadi macam nak buat siri jelajah menawan gunung² di Johor la pulak.

Thursday, May 14, 2015

Qaseh Gold: Gabungan Makanan Sunnah

Produk Qaseh Gold meliputi set untuk seisi keluarga.



1. Qaseh Gold Kekanda & Adinda



2. Qaseh Gold Junior



Sunday, May 10, 2015

MINUM SUSU BOLEH KURUS????

Nah baca ni..

- Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu

- Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat


- Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas

- Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain

- Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel

- Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal

- Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja

- Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman

- Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita

- Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)

Risalah Wildan Susu Kambing (2014)


Kembali :)

Alhamdulillah!

Sebenarnya setelah sekian lama mahu kembali menghidupkan teratak blog saya yang serba sederhana ini. 

Dunia saya kini sudah berbeza berbanding dahulu. Kini sudah berkeluarga dan bergelar suri rumah sepenuh masa. 

Hehee..sepatutnya ada banyak masa kan? Tapi benarlah kata emak-emak kita bahawa jadi seorang ibu ini kadang-kala lebih sibuk daripada bekerja.

Banyak yang ingin saya kongsikan. Semoga sedikit sebanyak mampu memberi manfaat untuk semua pembaca.

/(^_^)\

Friday, May 8, 2015

Memartabatkan Makanan Sunnah: Susu Kambing

Apa yang ada dalam susu kambing?

Untuk pengetahuan bersama, kandungan protein dalam susu kambing dengan pH susu yg beralkali adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada protein dalam susu lembu yang asidik. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting. Rumusan susu kambing yang hampir sama dengan susu ibu ini dapat menguatkan tulang dan mencantikkan kulit. Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Selain itu, susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mewujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.

Antara kebaikan susu kambing ialah:
- Membantu sistem imunisasi tubuh.
- Bersifat alkali.
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
- Membantu sistem penghadaman.
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
- Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein)* yang menjadi penyebab utama alahan seperti yg terdapat dalam susu lembu.
- Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
> Kalsium 2.2 kali ganda
> Zat Besi 2.0 kali ganda
> Potasium 2.1 kali ganda
> Vitamin A 3.8 kali ganda
> Garam Galian 2.0 kali ganda
> Kaya dgn mineral Selenium yang paling tinggi berbanding semua jenis susu dan bertindak sbg bahan utk membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida serta dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser
Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.

Khasiat-khasiat lain adalah:
- Molekul lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu -proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
- Kandungan laktosa yg rendah berbanding susu lembu - amat sesuai utk golongan alahan laktosa
- Tidak membentuk lendir @ mukus (phlegm) di dalam susu kambing spt susu lembu. Oleh itu ia sangat sesuai untuk pesakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
- Tengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simptom penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning

- Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf selain pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh) serta pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).

Friday, December 9, 2011

Warna Warni 2011: Kuching

Jazakumullahu khairan kathira untuk keluarga Fiza di Kuching, Sarawak yang menerima kedatangan kami dan memberi layanan sebaiknya. InsyaAllah, ada rezeki akan ke Sarawak lagi~


Melalui Pekan Bau


Waterfront Kuching


Gua Angin


Muzium Kucing


Sarawak Cultural Village

[Road to Sarawak: 6-9 September 2011]


Thursday, December 8, 2011

Ini mujahadahku dan mujahadah buat dirimu…

Kita,

Menghampiri dunia yang semakin sukar difahami lagi,

Gejala, masalah, kepincangan semakin hampir dengan diri,

Ya, semakin hampir dengan diri-diri kita.


Dengarkanlah wahai sahabat,

Tika kesepian menerjah

Tika hati merasai kekosongan

Jiwa kian pasrah

Air mata terasa benar cairnya.


Aduh,

Aku ini bagai tiada siapa menyedari

Bagai tiada siapa memahami

Bagai tiada seorang sudi menemani

Pintaku bukan pada indahnya mimpi

Tetapi kasih sejati penuh redha Ilahi.


Duhai sahabat,

Andai engkau begitu,

Bukan dikau seorang seperti itu

Mengalami peritnya menunggu pendamping diri.


Duhai sahabat,

Ingin aku khabarkan waktu ini

Sesungguhnya engkau tidak sendiri

DIA sentiasa mengetahui, Maha Mengetahui.


Dia sedari setiap rintihanmu,

Dia memandang duka tangismu

Dia memahami situasimu.


Namun mari kita singkap jendela dunia,

Akan kau dapati

Ramainya insan sepertimu

Mendamba kekasih hati

Malangnya segala diberi

Hingga benih terlarang tumbuh membumi

Kerana keimanan yang goyah pada diri

Kerana kesabaran tidak dipelihara teguh dalam diri.


Damaikanlah dirimu sang pencari,

Setiap penantianmu pahala menanti

Setiap kesabaranmu dikira Ilahi

Jangan mudah mendengar kata hati

Sehingga lupa firman Rabbi

‘La Takrobuzzina’

Janganlah kamu menghampiri zina

Ini adalah mujahadahku,

Mujahadah buat dirimu teman

Kerana penantianmu itu ujian keimananmu

Moga nanti sang mujahid dihadapanmu ;)


Khair Hibballillah. 7 Dis 2011. 0000 am.

Wednesday, December 7, 2011

Ada Satu Kisah. Kisah Realiti Cinta.

Kisah ini kisah benar yang mungkin boleh diambil iktibar.

Ada seorang lelaki yang peribadinya baik dan soleh sedang mencari jodoh buat dirinya. Sudah lama dia mencari tetapi dia belum menemuinya. Pada waktu yang sama, dia menyerahkan urusan jodohnya kepada keluarga tercinta. Suatu ketika, ada seorang gadis yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya. Baginya, bukanlah mudah untuk dia tertaut pada seseorang. Apatah lagi dia telah meletakkan ciri-ciri seorang wanita yang solehah dan menitikberatkan soal agama sebagai kayu ukur penting dalam pemilihan teman hidupnya.

Sehinggalah tibanya suatu masa,

Seorang gadis hadir dalam hidupnya. Pada perawakan si gadis, ada sesuatu yang menarik hatinya. Dia menyedari perasaan itu. Suatu perasaan kasih telah berputik di dalam dirinya. Dia cuba mengenali si gadis dengan cara terbaik yang dianjurkan Islam. Dia mengenali dan mendekati setiap insan yang rapat dengan gadis tersebut. Mengenali terutamanya keluarga si gadis sehingga akhirnya dia telah membulatkan tekad bahawa si gadis itu adalah pilihan hatinya. Dia menyampaikan hasrat itu kepada kakak si gadis tetapi dia menyatakan bahawa dia masih tidak mampu mengikat apa-apa janji kerana dia perlu terlebih dahulu memohon restu pihak keluarganya.

Perkhabaran tentang hasrat si lelaki itu telah sampai kepada si gadis. Si gadis itu mengakui lelaki tersebut pada pandangannya adalah seorang lelaki yang baik dan soleh malah mempunyai pekerjaan dan hala tuju masa depan yang jelas. Namun tidak pula dia merasai perasaan suka mahupun gembira. Gadis tersebut telah beberapa kali dipertemukan dengan lelaki tersebut dengan kehadiran mahram disisinya. Hatinya bercampur baur. Meskipun pada saat itu keluarga si gadis telah menerima sekiranya benar lelaki itu jodoh buatnya. Namun hatinya masih lagi tidak dapat menerima lelaki itu. Kegusaran hatinya membuatkan si gadis terus menerus berdoa dan istikharoh meminta petunjuk. Baginya, hal tersebut menuntut campur tangan dan ketentuan terbaik dari yang Maha Mengetahui.

Masa terus berlalu dan lelaki itu semakin yakin dengan hasrat hatinya. Dalam prosesnya memohon restu pihak keluarga, pada masa yang sama keluarga si lelaki tersebut telah mengaturkan pilihan jodoh untuk si lelaki tersebut.

Saban hari saban waktu, gadis itu semakin gelisah dengan petunjuk yang tidak jelas. Dia masih samar-samar lagi sama ada untuk memastikan benarkah jodohnya telah sampai. Keadaan yang semakin mendesak menyebabkan si gadis yang seluruh jiwanya tiada pada lelaki tersebut telah membulatkan tawakal kepada Ilahi.

“Ya Allah, petunjuk yang aku pohon dariMu membawa aku ke daerah yang penuh kesamaran dan hati yang tidak cenderung pada urusanku ini maka jika benar ini petunjuk bahawa dia bukan untukku, aku bermohon Kau jauhkanlah dia dariku agar terlerai ikatan permasalahan ini. Moga dengan itu terjauhlah aku daripada fitnah yang datang.”

Si gadis terus menerus dengan permohonannya itu.

Selang tidak beberapa lama maka ditakdirkan lelaki itu telah ditukarkan kerja ke tempat yang jauh dan pada waktu yang sama keluarganya serius mengaturkan perkahwinan lelaki itu dengan seorang gadis dari kampungnya. Lelaki itu berat hati untuk mengecewakan permintaan ibubapanya dan dia telah mengutamakan permintaan ibubapanya daripada permintaan hatinya terhadap si gadis tersebut.

Legalah si gadis dan terungkailah jawapan seperti yang dia kehendaki Allah putuskan buatnya.

Andai anda di tempat lelaki itu, apakah yang akan anda lakukan?

Andai anda menjadi gadis tersebut, bagaimana anda menerimanya?

Sesungguhnya soal jodoh ini adalah rahsia yang besar yang menuntut penelitian sebaiknya. Kisah kita, masih dalam pengetahuan Allah Ta’ala. Sedarkah kita, andai betapa jauh kita mengenali dan mencintai seseorang tetapi jika tidak kita segera jalan menuju titik penyatuan kasih yang benar maka kita sebenarnya melalui jalan yang tidak pasti.

Pada anggapan kita, mungkin si dia itu jodoh kita tetapi kita sendiri tidak bersungguh untuk mengikat kisah cinta kita itu mengikut syari’at Islam. Andai belum pasti, jangan menabur janji wahai lelaki.

Wahai gadis, usah bersedih dengan ketentuan yang belum pasti. Andai telah kita berusaha menemukan jodoh tetapi masih tidak menjadi, Allah hanyalah mahu melihat sejauh mana tahap kesabaran dan ketabahan kita.

Pandanglah sekeliling. Sesungguhnya andai kita rasa nasib kitalah paling malang sekali….perhatikanlah bahawa ada insan yang lebih berat ujianNya tetapi masih tetap tenang dan tabah melaluinya. Teruskan kehidupanmu, lalui setiap detik dengan penuh syukur, perbanyakkan meringankan beban orang lain. InsyaAllah semoga Allah juga akan meringankan setiap urusan kita.

Tuesday, June 14, 2011

Diri.

Saya. Aku. Diriku.

Monolog. Muhasabah. Tafakur?


Apabila diri berbisik, persoalan bermain dan berlegar di benak. Allah yang Maha Mengetahui pasti akan memberi jawapan terus ‘direct’ kepada diri ini. Pada perjalanan hidup yang hampir 22 tahun 11 bulan (akan menjejaki umur 23 tahun), persoalan yang terus aku ajukan pada diri,


‘Apakah yang telah aku lakukan wahai diri sebagai seorang hamba kepada Khalik yang hakiki, Allah SWT?’


Dan apakah diri sendiri sudah ada jawapannya? Oh tidak! Usaha yang aku lakukan bagaikan senipis kulit bawang malahan lebih nipis lagi!


Keyakinan


Hidup ini perlu disusuli dengan sepenuh keyakinan kepada Allah Azzawajalla. Serapkan sebaiknya ke dalam diri kerana kita semua menginginkan bimbingan terus ke Siratul Mustaqim, ke jalanNya yang lurus. Ameen!


Itulah yang aku yakin: setapak mengenali Allah, Allah akan datang dengan satu perjalanan yang menakjubkan menuju kepada kita. Soal kepada diri, sama ada kita hendak atau tidak? Tidak berkehendak untuk mendekatinya pada kenyataan yang telah jelas di sekeliling kita! Pada bukti-bukti yang terbentang pada setiap perciptaanNya dan peristiwa yang berlaku (kisah pahit dan manis) dalam hidup kita. Astaghfirullahhal ‘Azim…


‘Turn Point’


Hijrah? Perubahan? Pencarian? Kebenaran? Fitrah? – Realitinya diri kita SEMUA adalah kearah ini. Kita berkeinginan, berkemahuan tetapi ada diantara kita yang cuba menafikan! Tidak mahu mendengarkan kata hati membutakan mata memekakkan telinga.


Kearah itu…semuanya melalui suatu PROSES berterusan, takkan pernah berhenti!


Ada ketika kita akan melalui proses MENDATAR (constant – no changes at all). Kecundang, jatuh (feel down), PUTUS ASA, ketandusan semangat. Semua itu akan dirasai insan pada satu tahap dalam kehidupan.


Allah memandang pada ikhtiar (usaha) yang kita lakukan bukannya pada hasil perbuatan.


Cerminan Diri


Apabila nak berubah ni macam-macam pula yang fikir. Kepala tak henti fikir itu ini. Kadang-kala kita siap ‘hold’ dulu masa kita nak berubah…dengan sebab BELUM TIBA MASA atau TAK SAMPAI SERU LAGI atau DIRI TAK CUKUP BAIK atau DIRI TERUK SANGAT atau MEMANG RASA TAK LAYAK!


Cerminan diri akan melihat diri sendiri.


Bila kita hanya menunggu masanya, adakah akan tiba masanya? Tanpa usaha, without turning point that ourself make it! It will nothing!


Saya, kamu dan sesiapa sahaja sememangnya TIDAK SEMPURNA!


Memang, diri ini pun punya kekurangan. Banyak pula membuat kesalahan dan kelalaian. Melihat kepada diri terasa amat teruk sekali. Apatah lagi dipandangan orang disekelilingku…pasti mereka lebih banyak melihat kekurangan dan salah silap pada diri ini.


Kalian, aku hanya insan biasa!


Aku hanya sedang dalam proses memperbaiki diri memperelokkan peribadi. Berilah teguran dengan hikmah sekiranya ada yang tidak senang dipandangan.


Kita melihat, Allah Maha Melihat. Sebaik-baik penglihatan adalah yang dipandangan Allah Azzawajjalla.


JANGAN MENCARI REDHA MANUSIA TETAPI CARILAH REDHA ALLAH YANG AKAN MEMBAWA RAHMAT DI HARI PERHITUNGAN, insyaAllah!


Akhir kalam…semoga kita semua dilimpahkan rahmat, petunjuk dan kasih sayangNya.