"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, September 13, 2010

"10 Pembohongan Besar Media"

sumber: [Haluan Palestin]


Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.


Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:


1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.


2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.


Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.


Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.


3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.


4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.


5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.


Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.


Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?


6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.


Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.


7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.


8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.


Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara penganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.


9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.


10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.


Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkara yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Friday, September 3, 2010

Warkah dari Malaysia, Untukmu Indonesia

‘Alaikumussalam wbt.


Ketika tercetusnya isu yang merobek hubungan baik antara Malaysia-Indonesia,

Waktu sebahagian rakyat Indonesia berdemonstrasi melepaskan amarah kepada bumi bertuahku Malaysia,

Terdetik di dalam hati dengan harapan semoga dikalangan sahabatku di sana tidak tergolong dalam mereka yang meresap api-api permusuhan itu.


askum... ukhti... sebagai seorang muslim yang baik kenapa sih ga nasihatin pimpinanmu... yang sudah tidak berbuat baik dengan tetangga seperti Indonesia? kenapa hanya diam? punya mulut tapi tak bisa bicara... buat apa?


Apabila pesanan di atas ana terima dari seorang sahabat Indonesiaku, maka harapanku agar persoalan yang diajukan kepadaku ini tidaklah berbaur kebencian jauh sekali permusuhan. Ya, mungkin sahabatku ini perlukan sedikit penjelasan dari seorang sahabat di bumi Malaysia.


Sungguh diri ini amat berharap di pihak kamu di sana memperhalusi isu ini sebaiknya, menimbang tara sebelum segala tindakan diambil, meneliti akar permasalahan dan memandang jauh kepincangan yang bakal timbul pada masa hadapan.


Sungguh kerana ana percaya kamu dan teman-teman yang lain dapat mentafsirkan segala hal yang mendatang dengan bijak!


Berfikirku bertanya pada diri, adakah kami ini tidak lagi santun dalam hubungan dengan jiran tetangganya Indonesia..?


Ketahuilah di bumi Malaysia ini, rakyat Indonesia yang sudah bermastautin di sini bilangannya bukan sedikit dan jika benar kami ingin mengeruhkan lagi persaudaraan yang telah terbina setelah sekian lama, sudah pasti kami tidak berlaku santun kepada warga Negara kamu di sini.


Lantas setelah tindakan luar dugaan yang sebahagian rakyat Indonesia lakukan sewaktu demonstrasi, sudah tentu kami di sini boleh saja membalasnya dengan tindakan yang setaraf dengannya. Api tidak semestinya perlu dibalas dengan api juga.


Kenapa hanya diam?


Ana teringat satu hadis Rasulullah SAW…Lebih baik diam kerana DIAM itu HIKMAH. Tak semua perkara perlu dicetuskan dengan kelantangan suara atau kekerasan perbuatan kerana di situ dilihat bukanlah dapat menjernihkan keadaan dengan serta-merta malahan hanya akan menimbulkan lebih banyak kekacauan. Cerminan yang dapat dibiaskan setelah itu juga menggambarkan perilaku manusia itu sendiri, adakah masih dalam santunan budi yang baik atau sebaliknya?


Wahai sahabatku,

Saat ada dikalangan saudara terdekat menyatakan kebencian terhadap tindakan sebahagian warga tanah air kamu sewaktu demonstrasi dan mereka melahirkan perasaan geram, maka ana suarakan bahawa lupakah kita pada tali persaudaraan pada kenalan kita di Indonesia? Agar mereka ingat dan jangan terlalu taksub pada kepincangan yang melanda saat ini.


Isu yang lebih UTAMA..


Ingatlah saat masing-masing antara kita mengendong isu ini di muka dunia, ada pihak yang mendapat untung daripadanya iaitu KUFFAR dan ramai antara kita memejamkan mata seketika berhubung ISU UMMAH yang lebih utama, PALESTIN! Alangkah bagusnya HAMASATUS SYABAB (semangat-semangat yang berapi) ini kita kumpulkan pada isu ummah yang lebih layak!


Moga Allah tunjukkan kita jalan TERBAIK!


Berhubung isu ini, pasti ada jalan terbaiknya. Kita ini sedang diuji oleh Allah, tambahan lagi pada Ramadhan yang penuh keberkatan. Jangan dicemari kemuliaan bulan Ramadhan ini pada perkara yang tidak sepatutnya. Seharusnya pada bulan baik segalanya akan bertambah baik, ukhuwwah bertambah mantap. Bukan amal soleh dan amal kebaikan saja perlu disemarakkan, tarbiyyah perlu diperkasakan. Marilah kita mengambil jalan terbaik dan pemimpin-pemimpin kita pasti juga akan mengambil jalan terbaik, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk dan kurang itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan pada diri yang khilaf.


“ Dan barang siapa berserah diri kepada Allah sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada buhul (tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan. ” (31:22)


Wallahu’alam.