"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.
Showing posts with label Kembaraku. Show all posts
Showing posts with label Kembaraku. Show all posts

Wednesday, October 11, 2017

Kami Menawan Gunung!

Setelah hampir empat tahun berkahwin dan berhenti daripada melakukan aktiviti lasak kini timbul pula hobi baru buat kami sekeluarga!

Alhamdulillah, empat tahun berkahwin dikurniakan dua orang mujahid.

Bermula dengan idea suami mendaki Gunung Pulai di Pontian kini dah menjadi hobi kami!

Mana tak tercabar, naik sama² tapi takkan encik suami je sampai puncak kan. Jadi, walaupun badan tak 'fit' tak cukup stamina alhamdulillah saya dan anak² berjaya sampai ke puncak gunung!

01 Gunung Pulai
02 Bukit Soga
03 Gunung Lambak
04 Gunung Banang

Sudah empat gunung berjaya kami sekeluarga tawan jadi macam nak buat siri jelajah menawan gunung² di Johor la pulak.

Friday, December 9, 2011

Warna Warni 2011: Kuching

Jazakumullahu khairan kathira untuk keluarga Fiza di Kuching, Sarawak yang menerima kedatangan kami dan memberi layanan sebaiknya. InsyaAllah, ada rezeki akan ke Sarawak lagi~


Melalui Pekan Bau


Waterfront Kuching


Gua Angin


Muzium Kucing


Sarawak Cultural Village

[Road to Sarawak: 6-9 September 2011]


Wednesday, January 12, 2011

Ruhul Jadid

Ruhul Jadid – ruh baru.

Bicara ini tiba-tiba bermain di fikiran. Telah aku temukan di sini?


Shah Alam -> Batu Pahat -> Kulai

Daerah yang telah kulalui dan sedang kutempuhi.

Setiap daerah ini mempunyai kisahnya tersendiri, kisah yang ingin aku khabarkan adalah perjalanan tarbiyahnya ketika berada di daerah-daerah tersebut.


-Shah Alam


Pastinya, ruh yang aku temukan, perjalanan yang masanya singkat tetapi pengalamannya sungguh bernilai buat diri ini adalah ketika di Shah Alam. Rindu pada tarbiyah akan membawakanku kepada Shah Alam. Tarbiyah sewaktu pengajian yang apabila kunilai kini amat bergerak, mantap dan produktif. Jiwa dan semangat muda lah katakan!


Sahabat-sahabat di sana, akhawat sentiasa berlegar di kotak ingatan ini. Tak mungkin dapat dilupakan kerana membangunnya diri ini adalah bermula dengan kalian.


-Batu Pahat


Tanah kelahiran yang jika sebelum ini, pulang pada cuti semester tidak berisi. Tak dimanfaatkan sebaiknya, duduk terperuk di rumah sehingga menghadirkan kebosanan. Namun setelah habis pengajian, aku tak berhenti menghubungi akhawat di BP untuk meneruskan pentarbiyahan. Tarbiyah perlu diakarumbikan dalam diri seseorang muslim itu. Alhamdulillah, dipertemukan dengan ‘geng BP’ iaitu Kak Fifi dan Kak Jannah. Bersama-sama menggapai matlamat menyusun langkah dan berkongsi setiap rasa, suka dan duka ditempuhi bersama. Hala tuju kita satu dan padu.


Kak Fifi: Teringat pada banyaknya impian yang serupa antara kita berdua. Angan-angan…adakah kita sekadar mahu ianya menjadi angan-angan..? Oh tidak, aku harap semoga kita Berjaya menggapainya insyaAllah. Allahuma amen!


Kak Jannah: Kita telah banyak bersama, berkongsi masa dan rasa. Kita telah juga banyak belajar dari kehidupan ini. Dari perkongsianmu, ku beroleh manfaat dan iktibar. Dari perkongsianku, moga ada sesuatu yang boleh dipelajari. Harapnya begitulah kak. Berbakti di tanah kelahiran sendiri membawaku belajar mencintai dan menghargai.


-Kulai


Kini. Waktu ini dengan kudrat keizinannya aku berbakti di bumi Kulai ini. Sesungguhnya, daerah ini jauh sekali dalam perancangan masa depanku melainkan aku hanya ingin terus berada di Shah Alam. Sepertimana aku dan Kak Jannah, kami kembali ke pangkuan keluarga setelah selesai pengajian. Itu bukanlah sebab untuk kami berhenti dan berlalu. Kak jannah masih di BP namun sedang meniti hari-hari untuk kembali menyambung pengajian Ijazah Sarjana. Alhamdulillah, rezekinya di situ.


Perjalanan tarbiyah setelah bekerja dan sewaktu belajar amat-amatlah berbeza. Bolehkah untuk aku katakan bahawa aku juga dalam proses menyesuaikan diri’ dalam situasi tarbiyah yang berbeza ini. Suasananya berbeza dan menuntut aku untuk benar-benar faham suasana tarbiyahnya. Kulai masih banyak memerlukan ‘Ruhul Jadid’ dan aku sendiri juga perlu mendatangkan ruh dalam membina semangat dan kekuatan untuk bergerak di wilayah baru ini.


Setiap daerah yang ditapaki menambah pengalaman buat diri. Kita sebenarnya sedang belajar dan mendalami…dan semoga itulah jua yang diperolehi oleh diri ini.


Bawalah ruh-ruh baru ke daerah-daerah baru yang perlu dijejaki.


Menghidupkan tarbiyah dengan ‘Ruhul Jadid’…

Tuesday, January 4, 2011

Tetamu Allah

Menjadi tetamu Allah…menjejak tanah Haramain…impian yang semoga diperkenankan Allah pada masa dan waktu yang terbaik nanti.


Tiba-tiba kerinduan diri semakin memuncak kepada tanah Haramain selepas pertemuan dengan sahabat satu kuliah di universiti. Walau hanya kami bertiga. Kami memang merancang pertemuan tambahan pula salah seorang sahabatku ini baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.


Tumpang gembira buatnya yang telah dijemput terlebih dahulu untuk menjadi tetamu Allah. Sungguh istimewa…cemburu sungguh!


Makkah dan Madinah.


Destinasi yang sentiasa diimpi untuk dijejaki. Tanah yang diberkahi dan penuh rahmah.


Bertemu sahabatku, Mun (nama panggilan) memang penuh cerita. Ceritanya membuat diri semakin rindu untuk bertandang ke sana.


Menjadi tetamu Allah bukan sebarang. Diri kita dari hujung rambut ke hujung kaki perlu disucikan lebih-lebih lagi sang hati. Pada waktu ini, keimanan kita diuji. Keyakinan tak berbagi pada janji Ilah itulah yang utama.


Sahabatku, semoga segala amalmu diterima Allah dan diganjarkan sebaiknya. Semoga Haji yang dilalui membawa hijrah fil khair yang lebih besar selepas ini. Allahumma amen ya Rabbal ‘Alamin.

Wednesday, October 6, 2010

Nawaitu-ketentuan.



Bukan senang membuat pilihan itu saat aku memerlukan semua orang disekeliling faham akan situasiku. Aku bukan saja-saja dan suka-suka. Aku harap semua akan faham. Alhamdulillah sedikit demi sedikit aku telah nampak hikmahnya sekarang.


Aku pernah memasang niat, nawaitu buat diri sendiri tentang sesuatu saat mula-mula aku melangkah di jalan itu. Sungguh Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui telah menjadikan nawaitu itu suatu janji buat diriku sendiri. Kini, aku melihat Allah telah kembalikan aku pada nawaitu pertamaku sedang waktu itu aku telah aturkan segalanya dengan baik untuk tetap berada di bumi Shah Alam. Sungguh cantik aturanMu Ya Allah!


Hikmah yang Kau tunjukkan padaku...

Jika aku tak berada di sini saat ini – dulu aku masih ragu-ragu dengan mereka tapi kini aku telah pasti – alhamdulillah jika aku tak berada di sini tentu aku tak tahu yang sebenarnya ibu sangat menyokongku, merestui perjuangan dan langkah anaknya ini. Memang restumu wahai ayah dan ibu yang diri ini harapkan agar kau mengerti apa yang aku lakukan! Terima kasih dengan pengertian yang diberi, terima kasih kerana meminjamkan masa bersama, terima kasih yang tak terhingga!



Hadith 1 dalam susunan Hadith 40 oleh Imam Nawawi:
Segala-galanya bermula dengan NIAT.


Nawaitu..niat pertama,

Amat-amat penting, ingat lagi masa sebelum menempuh latihan industri. Pelbagai dugaan mendatang, cabaran mengasak diri namun aku luruskan niat. Saat aku tak tahu apa yang akan Allah bentang di masa hadapanku, aku berserah merayu berdoa hanya kepadaNya. Allah yang Maha Penyayang melimpahkan kasih menunjuki jalan-jalan dan merenjiskan kesedaran buat diri. Bantuan demi bantuan. Ya Allah, bagaimana harus aku membalas sedang aku tak mampu membalasnya!!! Malu sendiri.


Sejak itu aku berpegang untuk pastikan sentiasa luruskan niat, mohon ditunjukkan 1001 kebaikan dalam setiap tindakan dan dijauhkan segala keburukan yang Dia lebih tahu pada setiap pilihan yang diambil. Rasa penuh rendah diri, aku kembali kepadaMu Ilahi.

Thursday, September 23, 2010

Akhawats


Bolehkah aku katakan ‘sebahagian dariku adalah kamu dan sebahagian dari kamu terletaknya diriku’


Bukan bermadah pujangga semata tapi pernahkah merasakan nikmat yang terlalu manis…sangat-sangat manis melebihi perasaan sepasang kekasih dilamun cinta? Kononnya sehingga lautan berapi sanggup direntangi...


Kalau mahu dikatakan cinta sang kekasih begitu (benarkah?), sudah tentu nikmat cinta berTuhan lebih dahsyat lagi!


Bagiku, nikmat yang telah Allah singgahkan kepada diri ini membuatkan aku rasa tiada yang lebih manis melainkan berukhwah semata kerana Allah.


Bersama akhawats,

Bebanan masalah bagaikan telah hilang

Seluruh jiwa dikongsi bersama

Teguran bagaikan hikmah berharga

Tutur kata nasihat mahu saja disemat

Dikunci rapat di sudut hati yang dalam.


Tak terkata sehingga tiada lafaz yang dapat menggambarkan perasaan ini.

Jazakillah khair akhawats…

Jazakillah khair akhawats...


Aku masih ingat saat mula-mula kau memimpin tanganku

Saat Allah takdirkan kau sebagai pembuka jalan untukku

Kalau dulu kukatakan nanti

Dengan kekuatan yang Allah sandarkan padamu

Maka aku bersegera mengatakan kini!

Semoga Allah merahmati kita semua dalam tali persahabatan Ilahi ini

Allah kekalkanlah ikatannya, tunjuki kami jalanMu yang lurus!


Allahumma ameen ya Rabbana

Allahumma ameen ya Rabbana

Allahumma ameen ya Rabbana

Ameen ya Rabbal 'Alamin!


[Mari bersatu+berpadu dalam Doa Rabitah]

Tuesday, September 21, 2010

Aku Sedang Diuji.


Setiap hari setiap masa kita sentiasa diuji.


Aku sedang diuji..dengan ujian yang dah berkali-kali menghimpitku. Ya Allah, aku bukanlah mengeluh dengan hadirnya ujian itu namun ia membuat aku bingung, tercari-cari titik penghujungnya dan apakah hikmah disebalik aturanMu itu.


Saat dihambat ujian itu dulu, aku hanya sekadar mengabaikannya tetapi di mana saja keberadaanku, ia tetap menghambatku. Telah berkali-kali aku memohon petunjuk Allah dalam menghadapi ujian ini dan dalam setiap keputusan yang telah diambil aku pasti itulah jalan terbaiknya. Aku memutuskan semata kerana redha Allah. Dia yang mengaturkan segalaNya, mengetahui apa yang tersurat dan tersirat maka kepadaNya aku berserah meletakkan pergantungan.


Tidak akan mengambil jalan mudah. Dan jika diri ini masih diuji dengan ujian yang satu ini, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku. Allah tahu aku mampu dan kuat untuk menghadapi ujian ini. Allah ingin melihat sejauh mana keimananku dan keteguhanku dalam memegang prinsip diri yang selama ini aku pegang.

Ya Allah, terlalu banyak limpahan nikmatMu. Dengan kekuatanMu ya Rabbul ‘Alamin, tiupkanlah kekuatan buat diri yang lemah ini.


Saat aku diuji,

Betapa aku melihat luasnya Kau bentangkan kecintaanMu buatku selama ini,

Sedikit sekali aku bersyukur.

Ampunkanlah hambaMu ini.


Tentukanlah yang terbaik buat diri ini

Allahumma amen ya Rabbana!

Monday, September 6, 2010

[3R] Remaja Raikan Ramadhan.

Program Keindahan Bersama Ramadhan: Pak Cik Jiwa dan ikhwah sekalian merentangkan banner program.
[Kredit untuk Ukhti Kausar untuk gambar-gambar program]

Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) daerah Batu Pahat selamat diadakan pada 21-22 Ogos 2010 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan BP. Alhamdulillah syukrulillah kerana program berjaya berjalan dengan baik berkat usahasama semua pihak yang terlibat.


Namun dari pihak diri sendiri, sedih tak dapat ikut serta program ini sehingga ke penghujungnya atas sebab yang tak terduga.


Program 3R bertempat di Masjid Riyadus Solihin, Parit Raja bermula dengan sesi pendaftaran (sebelum solat Asar) dan slot pertama iaitu Explorace berlangsung pada jam 5.15 petang dengan didahului taklimat oleh Ukhti Kausar dan Akhi Fadzli. Explorace tamat pada jam 7 petang.



Gara-gara tidak mengikuti ToT (Training of Trainer) maka terkial-kial untuk memahami gerak kerja untuk slot petang itu di saat-saat akhir. Syukran jiddan pada akhawat sekalian yang membantu memberi kefahaman kepada ana.=).



Checkpoint 'Picture Tag': Sila susun niat puasa dengan betul. Apakah rasional dari aktiviti ini?

Mari fikir-fikirkan dan selamat beramal!



Wajah-wajah si kecil: Program Aulad juga berlangsung pada waktu yang sama di tempat yang sama. Meski berpuasa namun mereka tak menzahirkan kepenatan sepanjang program ini. Mabruk!


Kemudian menunggu waktu berbuka puasa yang tinggal tak beberapa minit saja lagi. Alkisahnya, ada beberapa orang akhawat (ana,faz,wana) lambat turun untuk menikmati hidangan berbuka jadi terlepaslah untuk merasa keenakan lauk yang disajikan waktu iftar. Pasti ada hikmah yang tersiratkan. Nasib baik Mak Cik Sarah ada buat kuih keria yang sedap untuk kami jamah sebelum solat Maghrib, Alhamdulillah!


Selepas solat Maghrib kami dan para jemaah masjid disajikan dengan ceramah kesedaran Palestin. Saat ini kami turun ke bahagian makan untuk mengisi perut yang masih perlu diisi. Selepas solat Isyak dan solat Tarawih (8 rakaat), slot pada malam itu adalah perkongsian mantap oleh Akhi Imran. Adik-adik yang mendengar menunjukkan rasa minat dan kesungguhan untuk mendengar sehingga ke akhir.


Setelah selesai slot malam itu, ana menemani Faz keluar ke pekan Parit Raja untuk membeli sedikit barang. Selesai membeli, baru saja kami selamat sampai di perkarangan masjid tak semena-mena ana mendapat panggilan dari emak yang memberitahu yang ibu saudaraku (Muar) telah pergi dijemput Ilahi.


‘Innalillahi wa innailahiroji’un’. Tersentak seketika dan emak memintaku pulang untuk ikut serta ziarah.


***Alhamdulillah gembira sangat-sangat sebab dipertemukan dengan mak Nabiela (sahabat di UiTM) yang selama ini hanya disebut-sebut dibibir tetapi tanpa disangka dapat bertemu sewaktu program ini. Panjang juga kami berborak mengenali lebih rapat.


***Syukran Jazilan Jiddan buat Faz, Kak Kausar, Wana, Kak Mas dan Kak Imah yang mengorbankan masa tidur pada malam itu untuk menghantar ana pulang dengan selamatnya ke rumah. Barakallahufik wa Jazakumullah Khairan Khatira ya antunna!