"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Saturday, August 14, 2010

why..? Because He is a MUSLIM!

Just want to share, hopefully it will be meaningful to all of us.








































Mari renungkan firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan teman orang-orang yang di luar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak henti-hentinya menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh, telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat. Sungguh, telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat Kami, jika kamu mengerti.

(ali-Imran:118)


Jika kamu memperoleh kebaikan (nescaya) mereka bersedih hati tetapi jika kamu tertimpa bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, tipu daya mereka tidak akan menyusahkan kamu sedikit pun. Sungguh, Allah Maha Meliputi segala apa yang mereka kerjakan.

(ali-Imran:120)


This specially brought to you by http://nayzak.deviantart.com/


Wednesday, August 11, 2010

Hamasatus Syabab Hikmatus Syuyukh

Hamasah – Semangat

Syabab – Pemuda

Hikmah – kebijaksanaan

Syuyukh – Orang terdahulu


Apa yang boleh disimpulkan?


Semangat Pemuda, Kebijaksanaan Orang Terdahulu.


Kedua-duanya seiringan dan seharusnya tiada pertembungan antaranya. Takaful – ianya lengkap melengkapi.

Syabab yang dimaksudkan bukanlah dilihat semata secara zahir tetapi disandarkan kepada ciri-ciri pemuda itu sendiri dan Syuyukh juga bukanlah dasarnya adalah orang tua tetapi merujuk kepada golongan yang telah banyak pengalaman dan lebih arif kerana telah melaluinya lebih dulu.


Kalau begitu, apakah Syuyukh tidak punya Hamasatus Syabab dan Syabab tidak memiliki Hikmatus Syuyukh. Mungkin saja bukan..? Usia, muda atau tua bukanlah kayu ukurnya.


Yang kita mahukan adalah:

Hamasatus Syabab + Hikmatus Syuyukh = ar-Rijal


Apa beza Syabab dan Rijal?

ar-Rijal – jiwa yang sentiasa hidup, matang, bukan saja bersemangat tetapi juga bijak dan berhikmah.

Mari menjadi ar-Rijal fisabilillah!

Terawih Pertama

Subhanallah Alhamdulillah AllahuAkbar,


Betapa hebatnya Allah dan Syukrulillah kerana rahmat kasih sayangNya sentiasa melimpahi hamba-hambaNya namun sedarkah kita?


Kasih Allah meskipun diberi pada hal yang kecil tetapi penuh makna dan pengertian.


Tahun ini, Ramadhan dirai dalam suasana berbeza kerana kali ini aku (insyaAllah) melalui hari-hariku di bulan Ramadhan di daerah kelahiran, Batu Pahat. Setelah 4 tahun aku meraikan Ramadhan di kampus, tahun pertama di KMPh (Kolej Matrikulasi Pahang) dan tiga tahun berturut-turut di UiTM Shah Alam dan pastinya Ramadhan di UiTM tidak dapat dilupakan. Tarbiyah di UiTM banyak memberi iktibar buatku.


Dan hari ini, Solat Terawih pertama aku laksanakan di Surau an-Nur, Taman Soga bersama ibu namun kehadiran kami (boleh dikatakan lewat) menyebabkan kami bersesakan di saff belakang.


Serba-salah aku rasakan sebab kelewatan itu berpunca dariku (dek mencari barang), ibuku sudah lazimnya datang awal kerana inginkan saff hadapan. Namun Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, tiba-tiba seorang sahabat ibu menoleh ke belakang dan memberikan isyarat bahawa masih ada tepat kosong yang boleh diisi 2-3 orang jemaah. Apa lagi, kami pun terus menyusun langkah ke barisan hadapan. Alhamdulillah, syukur sangat!


Lihatlah mudah sekali bagi Allah untuk memudahkan urusan hambaNya, dan ini sebenarnya mengingatkanku; sepatutnya aku lupakan kepentingan diri dan mengutamakan insan lain dengan memudahkan urusan mereka dan bukannya menyusahkan, Astaghfirullahhal’azim…

Tuesday, August 10, 2010

Saat Ramadhan Kembali

Dari kejauhan memandang

Dekat di hati semakin terasa

Memori terus dalam gengaman

Tirai semalam dalam layar rakaman

Saat diri terdampar di daerah siswa


Kini Ramadhan kembali

Datangnya berwajah baru

Meninggalkan epilog ceritera semalam

Kala aku bergandingan

Kala kita sama-sama bertautan

Dalam seribu satu warna kehidupan kampus


Tibanya Ramadhan kali ini

Menggamit kisah Ramadhan kita

Yang dilalui kita merasainya

Yang dahulunya kita nikmati bersama


Waktu itu yang ada cuma kita

Tanpa keluarga di sisi

Tanpa makanan enak menanti

Ada masanya terlepas hidangan berbuka

Dek kerana kuliah tanpa henti

Hingga malam menggamit


Dalam kelelahan

Tarawih tetap dipenuhi

Mencari kerehatan yang dijanji Ilahi

Adanya tazkirah

Penguat jiwa dan rohani

Untuk bekal hari esok

Agar setiap amal dalam Ramadhan

Direstui Allah sang Rabbul Izzati

Monday, August 9, 2010

Ahlan Ya Ramadhan!


Assalamu’alaikum wbt sahabat-sahabiah yang diingati kerana Allah. Hidup terus berputar dan akhirnya kita bakal dipertemukan kembali dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Bergembirakah kita dengan kehadirannya?


Saat Rejab dan Sya’aban berlabuh, aku diberi ingatan oleh Allah; iaitu ajal berkali-kali datang bertamu menjemput insan-insan di sekelilingku, saat itu hatiku berbisik, ‘Masih adakah Ramadhan buatku? Kala mereka KAU jemput sebelum sempat bertemu dengan Ramadhan kali ini…’ Lalu kuingatkan diri sendiri agar jangan lupa bahawa usia yang bertambah mendekatkan diri pada sang ajal yang pasti bertamu. Astaghfirullahhal’azim..semoga kita tergolong bersama hamba-hambaNya yang sempat bertaubat sebelum tiba detik waktu ke liang lahad.


Salam Ramadhan dariku bersama kita berdoa penuh pengharapan dan keyakinan semoga Ramadhan kali ini menjadi medan tarbiyyah terbaik buat mendidik diri dan hati agar dapat meneruskan tarbiyyah diri selepas Ramadhan nanti. Mohon ampun maaf dari diri ini yang serba-serbi khilaf.


Allahumma Ballighna Ramadhan, Ya Allah sampaikanlah kepada kami Ramadhan yang mulia!