"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Wednesday, March 24, 2010

Sharing is Caring...Ukhuwah is Fantastic!

Salam…sering kali diri ini berkira2 utk menghidupkan dan menukilkan sedikit rasa perkongsian dgn sahabat2 yang lain. Sebelum ni mmg dah ada blog tapi tiba2 berkira2 utk bertukar angin. Hmm…entahlah. Hanya aku dan Allah saja tahu kenapa. Fikir berkali2 kenapa SAYA PERLU BER`BLOG` ni? Selain atas minat dgn perkara berkaitan PC, aku rasa ini hanyalah salah satu usaha kecilku dalam menyumbang memberikan maklumat dan perkongsian yg dirasakan berguna buat para pembaca.

Bukankah berpesan2 kepada kebaikan itu dituntut…dan sebenarnya dengan itulah dapat mengukuhkan ukhwah sesama kita..umat Islam. Jika ada yang tersalah dalam menyampai, betulkanlah dan perbaikanlah diri ini yang serba-serbi khilaf dan jika ada satu kebaikan yang telah menyentuh hati para pembaca…maka diri ini amat2 mengalu2kan utk disebarkan dan sama2 memberi manfaat kepada orang lain. Kebaikan itu bukan hanya untuk diri kita sendiri tetapi untuk dikongsi bersama..insyaAllah.

Firman Allah S.W.T. maksudnya:
“Dan ada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin.” (asSaff:13)