"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Thursday, July 29, 2010

Semoga Allah Membimbing Mereka

Dalam pemerhatianku,

Setelah aku melihat dunia ini dari 1 sudut yang berbeza

Aku melihat kepincangan di situ

Aku melihat kecelaruan


Aku memperoleh pengalaman

Jika sebelum ini aku melihat permasalahan generasi masa kini

Hanya di layar televisyen

Laporan di muka akhbar

Sekarang ini aku berhadapan dengan realiti


Untuk aku yang kini semakin belajar memahami

Belajar melihat, memerhati dan menerima

Belajar untuk menjadi hambaNya yang lebih bersyukur

Belajar untuk terus menabur budi

Menyatakan kepedulian

Menitipkan kesedaran menggerakkan kekuatan


Buat mereka…


Ya, di dunia ini dirimu masih ada yang sayang!

Ada insan yang ingin memimpin tanganmu

Menyemai kasih menabur sayang


Wahai diri

Jangan pula kau melupai

Sedih menyendiri menyesali takdir

Tetap teguhlah bertapak

Berilah peluang berilah ruang

Untuk dirimu sendiri

Yang penting sekali jangan lupa pada Ilahi!

Monday, July 26, 2010

Inspirasi: Kisah Iran dan Ahmadinejad


Sungguh diri ini terinspirasi dari sebuah Negara Islam yang kala ini amat aku kagumi di bawah pimpinan AHMADINEJAD iaitu IRAN. Iran telah menyebabkan aku semakin rindu, amat rindu kepadanya! Ingin saja aku bertapak di Negara Islam majoriti berfahaman Syiah ini dan menyelami kehidupan hidup umat Islam di sana agar dapat kuberitakan perkhabaran yang sebenar tentang negara itu. Aduh, sangat sakit hatiku jika mengenangkan Barat memanipulasikan media dengan menyebarkan kepalsuan tentang Iran.


Bagiku kenapa aku perlu mendokong Negara Islam itu dan memilih untuk tidak percaya media yang mengasak dengan berita-berita yang menjelikkan tentang Iran dan pemimpinnya, Ahmadinejad:


Hakikatnya Iran adalah Negara ISLAM meskipun rakyatnya berfahaman Syiah, berlainan mazhab dengan kita. Apa benarkah Syiah ini zalim..??? Aduh, sakit apabila kenyataan yang memburukkan umat Islam itu datang dari musuh-musuh Islam. Lantas apakah kita mempercayainya??? Ayuh marilah kita mengkajinya, usah diterima secara bulat-bulat! Kuffar ada agenda mereka yang tersusun rapi dalam memunahkan barisan saff umat Islam.


Siapakah Ahmadinejad?


Ada dua pemimpin Negara Islam yang amat aku kagumi pada masa kini iaitu Recep Edrogan dan tentu sekali AHMADINEJAD!


Mengenali beliau bagaikan melihat bayang pemimpin-pemimpin Islam yang dahulu. Nilailah sendiri dengan pemimpin yang dihiasi keindahan hidup dunia dan kesederhanaan yang ditonjolkan Ahmadinejad. Semoga Allah memberkati kepimpinan beliau.


Info selanjutnya (klik sini)


Manusia Tidak Pernah Puas


Kadang-kala hairan tentang keadaan muda-mudi di Iran yang mula cenderung kepada kebaratan. Ada pula yang menyatakan tidak suka dengan pentadbiran yang ketat dan terkongkong! Benarkah??? Seharusnya kita mengambil iktibar, apa gunanya jika diberi kebebasan andai akhirnya kecundang akhlak dan nilai kemanusiaan?


Cuma ingin kita sama-sama berfikir dan muhasabah untuk seketika…


Menyekat tidak bermakna terkongkong

Menghalang tidak bererti membenci

Berhukum bukan bermakna tidak kasih


Semua dilakukan untuk menjaga dan terus menjaga tanpa sangsi dan keterbatasan itu membuktikan ada rasional disebaliknya…tetapi itulah hakikatnya manusia itu tidak pernah puas dan tidak pula mahu belajar bersyukur..!

Friday, July 23, 2010

Epilog 'Sang Perindu'

Dia adalah insan sepertimana insan lain

Punya hati dan perasaan

Punya impian dan harapan


Dia adalah seorang insan

Yang juga seperti insan lain

Tersemat kemas rindu di hati


Namun kerinduannya terbatas

Dalam batas redha Ilahi

Dalam jangka tak terucap di bibir


Jika engkau merindukan sang kekasih

Insan ini merindukan indahnya berkasih sayang

Akrabnya sebuah persaudaraan

Dalam menumbuhkan ikatan cinta kepada Tuhan

Jika engkau merindukan saat riuh gelak ketawa

Insan ini merindukan

Saat malaikat menaungi titian halaqah

Tambatan ilmu membesarkan Rabbi

Jika hari ini engkau impikan kebebasan

Saat ini jiwa dan hatinya

Menginginkan hembusan tarbiyah

Buat hatinya yang kerinduan


Kerinduan di kemuncak

Namun penantian tetap diteruskan

Kesabaran dipertahankan

Kecintaan dan kasihnya terus diperkukuhkan

Kerana dirinya pasti

Dalam kerinduan

Allah menguji kesetiaan

Ketaqwaan seorang hamba


Insan ini tidak akan pernah berhenti

Dalam doa dan sujudnya

Biar air mata yang menitis

Menjadi bukti kerinduannya pada Ilahi

Apa Bezanya Kita Kalau...

Saya teringat pada suatu ketika (awal-awal tahun 2009 yg lalu) ketika Gaza diserang hebat oleh Zionis Israel.

Ada yang tiba-tiba berkata, “Hamas bunuh je orang-orang Israel (orang-orang awam) tu, diorang punyalah sedap membunuh anak-anak Palestin,” katanya dengan penuh emosi.

Saya membalas, “Hamas bertindak seperti apa yang sepatutnya, masih ada adab dalam perang.Itulah lebihnya Islam dalam soal ini.”

Saya akui punyalah teruk Israel membunuh dan bertindak kejam terhadap orang Palestin tapi kerana Islam mengajar supaya jangan diperangi orang tua, wanita dan anak kecil, Hamas masih mematuhi adab perang yang dianjurkan Islam. Ingatlah Islam hanya membenarkan kita memerangi golongan lelaki yang memerangi Islam secara jelas dan nyata.

Walau sampai tahap kejam begitu sekali pun, Islam menunjukkan kelembutan dan keindahan seni agamanya. Sama-samalah kita fikirkan. BERILAH MASA BIARPUN SEDETIK UNTUK BERFIKIR BAHAWA ISLAM INI AMAT INDAH DAN SEMPURNA. SEMOGA KITA SAMA-SAMA MEMPEROLEH TAUFIK HIDAYAHNYA…

......................

APA BEZANYA KITA KALAU KITA BERTINDAK SAMA SAHAJA DENGAN MEREKA?

SEDANGKAN ISLAM ADALAH AGAMA YANG AMAT MENITIKBERATKAN PERIKEMANUSIAAN SESAMA MAKHLUK??

APA BEZANYA KITA ANDAI NILAI-NILAI ISLAM YANG INDAH HILANG DEK MAHU MENGIKUT SEPERTI MEREKA?

SUNGGUH AKAN JADILAH KITA SEPERTI MEREKA MALAH MUNGKIN LEBIH TERUK LAGI..

ANDAI KITA UMPAMAKAN TINDAKAN MEREKA SEPERTI ANJING GILA, KITA PUN MAHU MENJADI ANJING GILA???

APA BEZANYA KITA JIKA SOLAT & AL-QURAN KITA TINGGALKAN?

TIADA BEZA BUKAN..

APA BEZANYA JIKA BARAT KITA AGUNGKAN SEDANGKAN KRISIS DUNIA MEREKALAH YG MENJUARAI?

RASAILAH PERBEZAANNYA BILA NIKMAT ISLAM DAN IMAN ITU KITA MILIKI…

KERANA SESUNGGUHNYA ISLAM ITU MEMANG BERBEZA...

KITA DICEMBURUI LANTAS MEREKA LALAIKAN KITA,

ISLAM DIKEJAMI KERANA KITA PUNYA KELEBIHAN IAITU ISLAM

PERISAI KITA IMAN...

TAPI IMAN KITA DIPESONGKAN!

KERANA SENJATA MEREKA ADALAH 3F...FUN,FOOD & FASHION

DAN KINI SELAGI UMAT ISLAM TIDAK BERSATU MEMBENTUK UMMAH,

DAN MENINGGIKAN ‘AL-WAHN’(cinta dunia melebihi akhirat)

KITA AKAN MENJADI SAMA SEPERTI MEREKA MALAHAN LEBIH TERUK LAGI

MANUSIA ITU SEMEMANGNYA PELUPA

TETAPI SESAMA KITA BERILAH PERINGATAN

MESKIPUN IA DATANG DARIPADA SEORANG YANG BERDOSA

KERANA SELAGI NASIHAT-MENASIHATI ITU HIDUP

SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI-HATI KITA....

[AMEEN YA RABBAL A’LAMEEN]

Thursday, July 22, 2010

Kerana Dia Sahabatku

Ketika aku baru mengorak langkah

Mencari-cari pengertian

Ketika aku mendamba keikhlasan dalam senyuman

Mencari-cari kebenaran

Ketika jalanku bersimpangan

Mencari-cari jawapan sepenuh pengharapan

Ketika kurasakan diri tidak mampu menipu perasaan


Ketika kulihat langit penuh cinta dari Tuhan

Telah Kau hadirkan kasih seorang sahabat

Dalam mengiringi jalan kelikuan

Buat membimbing jiwa kehausan

Dalam mengenal erti kasih sayang Ilahi


Dia adalah sahabatku

Ketika hari-hari dilalui penuh kesabaran

Akalnya tidak pernah lelah dikerah

Menyantuni hati-hati sang insan

Melayarkan bahtera hidup dalam keredhaan


Kerana dia sahabatku

Aku kagumi kegigihannya

Dalam hidup penuh kesesakan

Tangan dihulur bersama ukiran senyum

Dalam hati tiada keraguan

Yang ada satu kepastian


Waktu tidak disia

Dalam membawa insan mengenal Tuhan

Kembali berpaut kepada Islam

Dalam saat yang tidak terbatas


Aku hanyalah seseorang

Yang benar-benar kagumi sang sahabat

Walau kisah persahabatan kita

Tidaklah semanis halwa

Walau pernah saja tidak sehaluan

Dan ada kala terguris jiwa


Namun itu semua bukan bicaranya

Itu bukan pangkal alasan

Untuk terlerainya sebuah ikatan

Kerana keindahan pertalian kita

Sandaran yang tidak berbelah bahagi

Pada Rabb yang hakiki

Itulah kepercayaan yang tidak pernah berganti

Terus tersemat di lubuk hati