"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Thursday, July 22, 2010

Kerana Dia Sahabatku

Ketika aku baru mengorak langkah

Mencari-cari pengertian

Ketika aku mendamba keikhlasan dalam senyuman

Mencari-cari kebenaran

Ketika jalanku bersimpangan

Mencari-cari jawapan sepenuh pengharapan

Ketika kurasakan diri tidak mampu menipu perasaan


Ketika kulihat langit penuh cinta dari Tuhan

Telah Kau hadirkan kasih seorang sahabat

Dalam mengiringi jalan kelikuan

Buat membimbing jiwa kehausan

Dalam mengenal erti kasih sayang Ilahi


Dia adalah sahabatku

Ketika hari-hari dilalui penuh kesabaran

Akalnya tidak pernah lelah dikerah

Menyantuni hati-hati sang insan

Melayarkan bahtera hidup dalam keredhaan


Kerana dia sahabatku

Aku kagumi kegigihannya

Dalam hidup penuh kesesakan

Tangan dihulur bersama ukiran senyum

Dalam hati tiada keraguan

Yang ada satu kepastian


Waktu tidak disia

Dalam membawa insan mengenal Tuhan

Kembali berpaut kepada Islam

Dalam saat yang tidak terbatas


Aku hanyalah seseorang

Yang benar-benar kagumi sang sahabat

Walau kisah persahabatan kita

Tidaklah semanis halwa

Walau pernah saja tidak sehaluan

Dan ada kala terguris jiwa


Namun itu semua bukan bicaranya

Itu bukan pangkal alasan

Untuk terlerainya sebuah ikatan

Kerana keindahan pertalian kita

Sandaran yang tidak berbelah bahagi

Pada Rabb yang hakiki

Itulah kepercayaan yang tidak pernah berganti

Terus tersemat di lubuk hati

6 comments:

  1. Subhanallah karangan ukhti sendiri ni..berbakat...Selamat mengasah bakat ya ukhti!

    ReplyDelete
  2. syukran ukhti mohon doanya..
    kerana kalian adalah sahabatku yang Allah hadirkan dalam hidup ini, diri ini amat bersyukur =)

    ReplyDelete
  3. Aslmualaikum wbt..
    Subhanallah..nukilan ukhti ni benar2 menyentuh jiwa =)..Terasa seperti mahu menangis dan juga tersenyum membaca dan menghayatinya.
    Teruskan yg Ukhti...=)

    ReplyDelete
  4. Dayah..enti juga berbakat dlm berkarya,ana pasti enti mampu pergi lebih jauh. InsyaAllah dimanfaatkan utk membangunkan modal insaniah umat Islam. Jgn sia2kan bakat enti spt yg ana pernah lakukan pada diri ana..sehingga sekarang nak kembalikan minat tu amat payah.Ana doakan utk enti ;)

    ReplyDelete