"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Friday, December 9, 2011

Warna Warni 2011: Kuching

Jazakumullahu khairan kathira untuk keluarga Fiza di Kuching, Sarawak yang menerima kedatangan kami dan memberi layanan sebaiknya. InsyaAllah, ada rezeki akan ke Sarawak lagi~


Melalui Pekan Bau


Waterfront Kuching


Gua Angin


Muzium Kucing


Sarawak Cultural Village

[Road to Sarawak: 6-9 September 2011]


Thursday, December 8, 2011

Ini mujahadahku dan mujahadah buat dirimu…

Kita,

Menghampiri dunia yang semakin sukar difahami lagi,

Gejala, masalah, kepincangan semakin hampir dengan diri,

Ya, semakin hampir dengan diri-diri kita.


Dengarkanlah wahai sahabat,

Tika kesepian menerjah

Tika hati merasai kekosongan

Jiwa kian pasrah

Air mata terasa benar cairnya.


Aduh,

Aku ini bagai tiada siapa menyedari

Bagai tiada siapa memahami

Bagai tiada seorang sudi menemani

Pintaku bukan pada indahnya mimpi

Tetapi kasih sejati penuh redha Ilahi.


Duhai sahabat,

Andai engkau begitu,

Bukan dikau seorang seperti itu

Mengalami peritnya menunggu pendamping diri.


Duhai sahabat,

Ingin aku khabarkan waktu ini

Sesungguhnya engkau tidak sendiri

DIA sentiasa mengetahui, Maha Mengetahui.


Dia sedari setiap rintihanmu,

Dia memandang duka tangismu

Dia memahami situasimu.


Namun mari kita singkap jendela dunia,

Akan kau dapati

Ramainya insan sepertimu

Mendamba kekasih hati

Malangnya segala diberi

Hingga benih terlarang tumbuh membumi

Kerana keimanan yang goyah pada diri

Kerana kesabaran tidak dipelihara teguh dalam diri.


Damaikanlah dirimu sang pencari,

Setiap penantianmu pahala menanti

Setiap kesabaranmu dikira Ilahi

Jangan mudah mendengar kata hati

Sehingga lupa firman Rabbi

‘La Takrobuzzina’

Janganlah kamu menghampiri zina

Ini adalah mujahadahku,

Mujahadah buat dirimu teman

Kerana penantianmu itu ujian keimananmu

Moga nanti sang mujahid dihadapanmu ;)


Khair Hibballillah. 7 Dis 2011. 0000 am.

Wednesday, December 7, 2011

Ada Satu Kisah. Kisah Realiti Cinta.

Kisah ini kisah benar yang mungkin boleh diambil iktibar.

Ada seorang lelaki yang peribadinya baik dan soleh sedang mencari jodoh buat dirinya. Sudah lama dia mencari tetapi dia belum menemuinya. Pada waktu yang sama, dia menyerahkan urusan jodohnya kepada keluarga tercinta. Suatu ketika, ada seorang gadis yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya. Baginya, bukanlah mudah untuk dia tertaut pada seseorang. Apatah lagi dia telah meletakkan ciri-ciri seorang wanita yang solehah dan menitikberatkan soal agama sebagai kayu ukur penting dalam pemilihan teman hidupnya.

Sehinggalah tibanya suatu masa,

Seorang gadis hadir dalam hidupnya. Pada perawakan si gadis, ada sesuatu yang menarik hatinya. Dia menyedari perasaan itu. Suatu perasaan kasih telah berputik di dalam dirinya. Dia cuba mengenali si gadis dengan cara terbaik yang dianjurkan Islam. Dia mengenali dan mendekati setiap insan yang rapat dengan gadis tersebut. Mengenali terutamanya keluarga si gadis sehingga akhirnya dia telah membulatkan tekad bahawa si gadis itu adalah pilihan hatinya. Dia menyampaikan hasrat itu kepada kakak si gadis tetapi dia menyatakan bahawa dia masih tidak mampu mengikat apa-apa janji kerana dia perlu terlebih dahulu memohon restu pihak keluarganya.

Perkhabaran tentang hasrat si lelaki itu telah sampai kepada si gadis. Si gadis itu mengakui lelaki tersebut pada pandangannya adalah seorang lelaki yang baik dan soleh malah mempunyai pekerjaan dan hala tuju masa depan yang jelas. Namun tidak pula dia merasai perasaan suka mahupun gembira. Gadis tersebut telah beberapa kali dipertemukan dengan lelaki tersebut dengan kehadiran mahram disisinya. Hatinya bercampur baur. Meskipun pada saat itu keluarga si gadis telah menerima sekiranya benar lelaki itu jodoh buatnya. Namun hatinya masih lagi tidak dapat menerima lelaki itu. Kegusaran hatinya membuatkan si gadis terus menerus berdoa dan istikharoh meminta petunjuk. Baginya, hal tersebut menuntut campur tangan dan ketentuan terbaik dari yang Maha Mengetahui.

Masa terus berlalu dan lelaki itu semakin yakin dengan hasrat hatinya. Dalam prosesnya memohon restu pihak keluarga, pada masa yang sama keluarga si lelaki tersebut telah mengaturkan pilihan jodoh untuk si lelaki tersebut.

Saban hari saban waktu, gadis itu semakin gelisah dengan petunjuk yang tidak jelas. Dia masih samar-samar lagi sama ada untuk memastikan benarkah jodohnya telah sampai. Keadaan yang semakin mendesak menyebabkan si gadis yang seluruh jiwanya tiada pada lelaki tersebut telah membulatkan tawakal kepada Ilahi.

“Ya Allah, petunjuk yang aku pohon dariMu membawa aku ke daerah yang penuh kesamaran dan hati yang tidak cenderung pada urusanku ini maka jika benar ini petunjuk bahawa dia bukan untukku, aku bermohon Kau jauhkanlah dia dariku agar terlerai ikatan permasalahan ini. Moga dengan itu terjauhlah aku daripada fitnah yang datang.”

Si gadis terus menerus dengan permohonannya itu.

Selang tidak beberapa lama maka ditakdirkan lelaki itu telah ditukarkan kerja ke tempat yang jauh dan pada waktu yang sama keluarganya serius mengaturkan perkahwinan lelaki itu dengan seorang gadis dari kampungnya. Lelaki itu berat hati untuk mengecewakan permintaan ibubapanya dan dia telah mengutamakan permintaan ibubapanya daripada permintaan hatinya terhadap si gadis tersebut.

Legalah si gadis dan terungkailah jawapan seperti yang dia kehendaki Allah putuskan buatnya.

Andai anda di tempat lelaki itu, apakah yang akan anda lakukan?

Andai anda menjadi gadis tersebut, bagaimana anda menerimanya?

Sesungguhnya soal jodoh ini adalah rahsia yang besar yang menuntut penelitian sebaiknya. Kisah kita, masih dalam pengetahuan Allah Ta’ala. Sedarkah kita, andai betapa jauh kita mengenali dan mencintai seseorang tetapi jika tidak kita segera jalan menuju titik penyatuan kasih yang benar maka kita sebenarnya melalui jalan yang tidak pasti.

Pada anggapan kita, mungkin si dia itu jodoh kita tetapi kita sendiri tidak bersungguh untuk mengikat kisah cinta kita itu mengikut syari’at Islam. Andai belum pasti, jangan menabur janji wahai lelaki.

Wahai gadis, usah bersedih dengan ketentuan yang belum pasti. Andai telah kita berusaha menemukan jodoh tetapi masih tidak menjadi, Allah hanyalah mahu melihat sejauh mana tahap kesabaran dan ketabahan kita.

Pandanglah sekeliling. Sesungguhnya andai kita rasa nasib kitalah paling malang sekali….perhatikanlah bahawa ada insan yang lebih berat ujianNya tetapi masih tetap tenang dan tabah melaluinya. Teruskan kehidupanmu, lalui setiap detik dengan penuh syukur, perbanyakkan meringankan beban orang lain. InsyaAllah semoga Allah juga akan meringankan setiap urusan kita.

Tuesday, June 14, 2011

Diri.

Saya. Aku. Diriku.

Monolog. Muhasabah. Tafakur?


Apabila diri berbisik, persoalan bermain dan berlegar di benak. Allah yang Maha Mengetahui pasti akan memberi jawapan terus ‘direct’ kepada diri ini. Pada perjalanan hidup yang hampir 22 tahun 11 bulan (akan menjejaki umur 23 tahun), persoalan yang terus aku ajukan pada diri,


‘Apakah yang telah aku lakukan wahai diri sebagai seorang hamba kepada Khalik yang hakiki, Allah SWT?’


Dan apakah diri sendiri sudah ada jawapannya? Oh tidak! Usaha yang aku lakukan bagaikan senipis kulit bawang malahan lebih nipis lagi!


Keyakinan


Hidup ini perlu disusuli dengan sepenuh keyakinan kepada Allah Azzawajalla. Serapkan sebaiknya ke dalam diri kerana kita semua menginginkan bimbingan terus ke Siratul Mustaqim, ke jalanNya yang lurus. Ameen!


Itulah yang aku yakin: setapak mengenali Allah, Allah akan datang dengan satu perjalanan yang menakjubkan menuju kepada kita. Soal kepada diri, sama ada kita hendak atau tidak? Tidak berkehendak untuk mendekatinya pada kenyataan yang telah jelas di sekeliling kita! Pada bukti-bukti yang terbentang pada setiap perciptaanNya dan peristiwa yang berlaku (kisah pahit dan manis) dalam hidup kita. Astaghfirullahhal ‘Azim…


‘Turn Point’


Hijrah? Perubahan? Pencarian? Kebenaran? Fitrah? – Realitinya diri kita SEMUA adalah kearah ini. Kita berkeinginan, berkemahuan tetapi ada diantara kita yang cuba menafikan! Tidak mahu mendengarkan kata hati membutakan mata memekakkan telinga.


Kearah itu…semuanya melalui suatu PROSES berterusan, takkan pernah berhenti!


Ada ketika kita akan melalui proses MENDATAR (constant – no changes at all). Kecundang, jatuh (feel down), PUTUS ASA, ketandusan semangat. Semua itu akan dirasai insan pada satu tahap dalam kehidupan.


Allah memandang pada ikhtiar (usaha) yang kita lakukan bukannya pada hasil perbuatan.


Cerminan Diri


Apabila nak berubah ni macam-macam pula yang fikir. Kepala tak henti fikir itu ini. Kadang-kala kita siap ‘hold’ dulu masa kita nak berubah…dengan sebab BELUM TIBA MASA atau TAK SAMPAI SERU LAGI atau DIRI TAK CUKUP BAIK atau DIRI TERUK SANGAT atau MEMANG RASA TAK LAYAK!


Cerminan diri akan melihat diri sendiri.


Bila kita hanya menunggu masanya, adakah akan tiba masanya? Tanpa usaha, without turning point that ourself make it! It will nothing!


Saya, kamu dan sesiapa sahaja sememangnya TIDAK SEMPURNA!


Memang, diri ini pun punya kekurangan. Banyak pula membuat kesalahan dan kelalaian. Melihat kepada diri terasa amat teruk sekali. Apatah lagi dipandangan orang disekelilingku…pasti mereka lebih banyak melihat kekurangan dan salah silap pada diri ini.


Kalian, aku hanya insan biasa!


Aku hanya sedang dalam proses memperbaiki diri memperelokkan peribadi. Berilah teguran dengan hikmah sekiranya ada yang tidak senang dipandangan.


Kita melihat, Allah Maha Melihat. Sebaik-baik penglihatan adalah yang dipandangan Allah Azzawajjalla.


JANGAN MENCARI REDHA MANUSIA TETAPI CARILAH REDHA ALLAH YANG AKAN MEMBAWA RAHMAT DI HARI PERHITUNGAN, insyaAllah!


Akhir kalam…semoga kita semua dilimpahkan rahmat, petunjuk dan kasih sayangNya.

Saturday, May 7, 2011

Bulatkan Tekad!

Apabila hidup penuh dengan sangkaan tanpa keyakinan maka hidup kita akan diselubungi keraguan. Sampai bila?

Bulatkan tekad.

Kita ragu dengan kekuatan yang dimiliki Khalik? Maka kita juga dibiarkan tak memiliki kekuatan untuk merasai kecintaan kepadaNya?

Pernahkah timbul keraguan kerana tidak 101% yakin pada keesaanNya?

Kuatkan semangat dan keazaman untuk mengenaliNya. Kita sama-sama sedang berusaha kearahNya…jangan peduli pada kata-kata manusia sekeliling kerana kitalah yang mengetahui keberadaan hati kita?

Binalah kekuatan untuk berubah dari dalam diri kita bukannya semata terinspirasi dari orang lain. Insan lain hanya dapat memberi suntikan semangat namun gerak langkah seterusnya adalah kita! Kita yang menentukannya!