"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Tuesday, August 3, 2010

Aku Minta Pada Tuhan

Saat aku bertanya kepada Tuhan

Kenapa jiwa rasa kehausan

Akal tak keruan

Hati kekosongan

Diri mencari jawapan dalam kegelisahan


Saat aku mendamba sesuatu

Tulus dari Rabbku

Untuk memayungi diri

Buat kekuatan jiwa

Buat pelihara kudus cintaku


Aku minta pada Tuhan

Apa yang aku mahu

Tidak pada insan yang lemah sepertiku

Kerana kutahu hanya Kau selayaknya tahu


Saat itu Kau kurniakan

Indahnya berkeluarga dalam cinta

Dalam lindungan malaikat suci


Kau basahkan diriku

Dengan tarbiyah dan izzah Islam

Sehingga aku terpaku dengan tulus kasihMu

kau buat kurasa syukur

syukur dan syukur


Aku minta pada Tuhan bukanlah sedikit

Malah seringkali

Kadang-kala terlalu malu

Tunduk tak terangkat

Bibir kelu tak terucap

Namun itulah Rabb yang tak pernah lelah

Dalam memberi tanpa batasan

No comments:

Post a Comment