"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Wednesday, August 11, 2010

Terawih Pertama

Subhanallah Alhamdulillah AllahuAkbar,


Betapa hebatnya Allah dan Syukrulillah kerana rahmat kasih sayangNya sentiasa melimpahi hamba-hambaNya namun sedarkah kita?


Kasih Allah meskipun diberi pada hal yang kecil tetapi penuh makna dan pengertian.


Tahun ini, Ramadhan dirai dalam suasana berbeza kerana kali ini aku (insyaAllah) melalui hari-hariku di bulan Ramadhan di daerah kelahiran, Batu Pahat. Setelah 4 tahun aku meraikan Ramadhan di kampus, tahun pertama di KMPh (Kolej Matrikulasi Pahang) dan tiga tahun berturut-turut di UiTM Shah Alam dan pastinya Ramadhan di UiTM tidak dapat dilupakan. Tarbiyah di UiTM banyak memberi iktibar buatku.


Dan hari ini, Solat Terawih pertama aku laksanakan di Surau an-Nur, Taman Soga bersama ibu namun kehadiran kami (boleh dikatakan lewat) menyebabkan kami bersesakan di saff belakang.


Serba-salah aku rasakan sebab kelewatan itu berpunca dariku (dek mencari barang), ibuku sudah lazimnya datang awal kerana inginkan saff hadapan. Namun Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, tiba-tiba seorang sahabat ibu menoleh ke belakang dan memberikan isyarat bahawa masih ada tepat kosong yang boleh diisi 2-3 orang jemaah. Apa lagi, kami pun terus menyusun langkah ke barisan hadapan. Alhamdulillah, syukur sangat!


Lihatlah mudah sekali bagi Allah untuk memudahkan urusan hambaNya, dan ini sebenarnya mengingatkanku; sepatutnya aku lupakan kepentingan diri dan mengutamakan insan lain dengan memudahkan urusan mereka dan bukannya menyusahkan, Astaghfirullahhal’azim…

No comments:

Post a Comment