"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Monday, September 6, 2010

[3R] Remaja Raikan Ramadhan.

Program Keindahan Bersama Ramadhan: Pak Cik Jiwa dan ikhwah sekalian merentangkan banner program.
[Kredit untuk Ukhti Kausar untuk gambar-gambar program]

Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) daerah Batu Pahat selamat diadakan pada 21-22 Ogos 2010 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan BP. Alhamdulillah syukrulillah kerana program berjaya berjalan dengan baik berkat usahasama semua pihak yang terlibat.


Namun dari pihak diri sendiri, sedih tak dapat ikut serta program ini sehingga ke penghujungnya atas sebab yang tak terduga.


Program 3R bertempat di Masjid Riyadus Solihin, Parit Raja bermula dengan sesi pendaftaran (sebelum solat Asar) dan slot pertama iaitu Explorace berlangsung pada jam 5.15 petang dengan didahului taklimat oleh Ukhti Kausar dan Akhi Fadzli. Explorace tamat pada jam 7 petang.



Gara-gara tidak mengikuti ToT (Training of Trainer) maka terkial-kial untuk memahami gerak kerja untuk slot petang itu di saat-saat akhir. Syukran jiddan pada akhawat sekalian yang membantu memberi kefahaman kepada ana.=).



Checkpoint 'Picture Tag': Sila susun niat puasa dengan betul. Apakah rasional dari aktiviti ini?

Mari fikir-fikirkan dan selamat beramal!



Wajah-wajah si kecil: Program Aulad juga berlangsung pada waktu yang sama di tempat yang sama. Meski berpuasa namun mereka tak menzahirkan kepenatan sepanjang program ini. Mabruk!


Kemudian menunggu waktu berbuka puasa yang tinggal tak beberapa minit saja lagi. Alkisahnya, ada beberapa orang akhawat (ana,faz,wana) lambat turun untuk menikmati hidangan berbuka jadi terlepaslah untuk merasa keenakan lauk yang disajikan waktu iftar. Pasti ada hikmah yang tersiratkan. Nasib baik Mak Cik Sarah ada buat kuih keria yang sedap untuk kami jamah sebelum solat Maghrib, Alhamdulillah!


Selepas solat Maghrib kami dan para jemaah masjid disajikan dengan ceramah kesedaran Palestin. Saat ini kami turun ke bahagian makan untuk mengisi perut yang masih perlu diisi. Selepas solat Isyak dan solat Tarawih (8 rakaat), slot pada malam itu adalah perkongsian mantap oleh Akhi Imran. Adik-adik yang mendengar menunjukkan rasa minat dan kesungguhan untuk mendengar sehingga ke akhir.


Setelah selesai slot malam itu, ana menemani Faz keluar ke pekan Parit Raja untuk membeli sedikit barang. Selesai membeli, baru saja kami selamat sampai di perkarangan masjid tak semena-mena ana mendapat panggilan dari emak yang memberitahu yang ibu saudaraku (Muar) telah pergi dijemput Ilahi.


‘Innalillahi wa innailahiroji’un’. Tersentak seketika dan emak memintaku pulang untuk ikut serta ziarah.


***Alhamdulillah gembira sangat-sangat sebab dipertemukan dengan mak Nabiela (sahabat di UiTM) yang selama ini hanya disebut-sebut dibibir tetapi tanpa disangka dapat bertemu sewaktu program ini. Panjang juga kami berborak mengenali lebih rapat.


***Syukran Jazilan Jiddan buat Faz, Kak Kausar, Wana, Kak Mas dan Kak Imah yang mengorbankan masa tidur pada malam itu untuk menghantar ana pulang dengan selamatnya ke rumah. Barakallahufik wa Jazakumullah Khairan Khatira ya antunna!


2 comments:

  1. Alhamdulillah.ukhti.gembiranya ana membaca entry enti..ana pun teringin gak nak jumpa mak nabiela..huhu..sampaikan salam padanya. T8 care ukhti :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ana sampaikan salam enti.
    Doa ana sentiasa mengiringi perjuanganmu di sana, doakan ana meniti perjuangan yg tulus di sini.

    ReplyDelete