Bolehkah aku katakan ‘sebahagian dariku adalah kamu dan sebahagian dari kamu terletaknya diriku’
Bukan bermadah pujangga semata tapi pernahkah merasakan nikmat yang terlalu manis…sangat-sangat manis melebihi perasaan sepasang kekasih dilamun cinta? Kononnya sehingga lautan berapi sanggup direntangi...
Kalau mahu dikatakan cinta sang kekasih begitu (benarkah?), sudah tentu nikmat cinta berTuhan lebih dahsyat lagi!
Bagiku, nikmat yang telah Allah singgahkan kepada diri ini membuatkan aku rasa tiada yang lebih manis melainkan berukhwah semata kerana Allah.
Bersama akhawats,
Bebanan masalah bagaikan telah hilang
Seluruh jiwa dikongsi bersama
Teguran bagaikan hikmah berharga
Tutur kata nasihat mahu saja disemat
Dikunci rapat di sudut hati yang dalam.
Tak terkata sehingga tiada lafaz yang dapat menggambarkan perasaan ini.
Jazakillah khair akhawats…
Jazakillah khair akhawats...
Aku masih ingat saat mula-mula kau memimpin tanganku
Saat Allah takdirkan kau sebagai pembuka jalan untukku
Kalau dulu kukatakan nanti
Dengan kekuatan yang Allah sandarkan padamu
Maka aku bersegera mengatakan kini!
Semoga Allah merahmati kita semua dalam tali persahabatan Ilahi ini
Allah kekalkanlah ikatannya, tunjuki kami jalanMu yang lurus!
Allahumma ameen ya Rabbana
Allahumma ameen ya Rabbana
Allahumma ameen ya Rabbana
[Mari bersatu+berpadu dalam Doa Rabitah]
Ukhwah itu penyelamat tetapi ukhwah juga boleh menghancurkan hamasah DT (Bahtera Penyelamat)
ReplyDeletetetapi kunci penyelamat ukhwah itu sendiri ada berlapang dada dan menepis apa sahaja rasa
Akhawats m0ves on...
yg sentiasa kita ulang2 utk diingati..jgn lupa pd kunci2 itu dan kembalikan sgala pd Ilahi.insyaAllah akan damailah hati
ReplyDelete