"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Saturday, September 4, 2010

Janji Kemenangan dari alFath

Januari 2010.

[Semester 6. Kursus Sains Teknologi Polimer. UiTM Malaysia,Shah Alam]


Aduh…letih, penat, lelah! Itulah perasaan yang dapat diungkapkan apabila mengenangkan semester terakhirku. Alhamdulillah berjaya ditempuhi dengan baik, banyak ranjau yang berliku serta ujian tak pernah putus menghambat diri.


Dari semester ke semester tapi saat itulah kemuncaknya.


Pengajian, tarbiyah, projek akhir, tanggungjawab, hal peribadi. Tekanan bertamu di penghujungnya namun kupasti akan ada jalan terbaik buatku.



Projek Akhir: Kulit Jagung (setelah dibersihkan) yang digunakan untuk menghasilkan fiber kulit jagung kemudian fiber itu akan dicampurkan dengan plastik polipropilena (PP)


Inilah Dispersion Mixer (Mesin Adunan untuk campurkan fiber dan plastik) dan proses ini mengambil masa yang lama [paling menguji kesabaran] kerana terpaksa lakukan sendiri tanpa pembantu sedangkan kerja ini agak berat [perlu angkat bahagian mesin yang berat!].


Inilah hasil adunan iaitu komposit (hasil menggabungkan fiber semulajadi (kulit jagung) dan plastik polipropilena). Setelah itu ianya dikisar menjadi kecil kemudian baru dibentuk dalam saiz tertentu untuk dijadikan sampel. Barulah sampel itu diuji kekuatan dan ketahanannya.


Keadaan struktur komposit secara halus menggunakan Scanning Electron Microscope (SEM)

Saat diri bersendiri dalam memikul beban dan kewajipan yang mesti dilakukan, aku memandang pada siapakah harus kukongsi agar lega diri dan hati ini dalam menghadapi semua itu. Kulihat mereka juga punya cerita sendiri, masalah dan tekanan yang mungkin lebih berat daripadaku. Oleh itu, untuk apa aku merasa lemah?


Tidak sesekali untukku putus asa, itu yang pasti!


Al-Quran adalah peneman yang paling setia buatku. Sedang aku mencari, Allah itu Maha Memberi. DIA beri ketenangan buatku saat aku membaca keindahan surah al-Fath. Aku hayati makna setiap baris ayat, aku mentadabburnya.


Aku temui jawapan yang dicari!


Ya, sungguh indah sekali sehingga aku jatuh hati! Allah menurunkan sakinah (ketenangan) buatku melalui surah ini sehingga aku diberi kekuatan dan semangat untuk terus menghabiskan saki-baki pengajian dengan baik. Hari-hari apabila aku membaca al-Quran, aku tidak lupa menitipkan sekali surah al-Fath sebagai salah satu surah pilihan.


Surah al-Fath, janji kemenangan buatmu kaum muslimin.

Allahuakbar, Allah Maha Besar!


***Buat sahabat-sahabat seperjuanganku, andai sepanjang aku memegang amanah yang telah diletakkan atas bahuku ini, aku tidak menjalankan tanggungjawabku dengan baik. Mohon ribuan ampun dan maaf. Maaf jika aku lambat bergerak, maaf jika aku tidak bijaksana dalam mengatur langkah dan kekurangan itu akan menjadi iktibar untuk memperbaiki potensi diri. Ketahuilah kalian semua sahabat terbaikku yang menerima saat diri ini senang dan menegurkan saat aku kelupaan. Terima kasih atas kasih sayang sahabat berikan. Hari-hari semakin berlalu menambahkan jarak masa kita tak bertemu namun kalian tetap dalam iringan doaku dan bersatu dalam doa rabitahku.


"Sungguh, Kami telah memberikanmu kemenangan yang nyata." (alFath:1)

"Dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak)" (alFath:3)



No comments:

Post a Comment