"Sesungguhnya di dalam hati itu ada 1 kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan ALLAH. Dan di dalamnya ada 1 kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali ALLAH dan taat kepadaNya" - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Wednesday, September 1, 2010

Hujan Emas @ Hujan Batu


Ini sebenarnya tajuk Forum Perdana Hal Ehwal Islam (22.07.2010-Khamis).


Antara hujan emas di negara orang @ hujan batu di negara sendiri, mana yang akan kita pilih..


Memilih berada di tempat orang tidak bermakna tidak mencintai tanah air sendiri,

Bertapak di negara asing tidak bermakna jati diri sudah tiada,

Singkap segala kelebihan di bumi kita dan sisih segala kekurangan yang ada,

Semoga kita generasi kini menjadi watak BESAR dalam mencerahkan kebaikan dan membangunkan tanahair sendiri.


TETAPI


Walau di mana jua berada, kecintaan terhadap bumi tanah tumpah darah kita sendiri JANGAN dilupakan.

Aku adalah insan yang mencintai sebuah pengembaraan meskipun ianya panjang buatku kerana aku ingin mengutip 1001 mutiara dalam kembara di bumi Allah ini supaya aku dapat mengambil iktibar di penghujungnya dan sejauh mana pun kaki melangkah pasti HUJAN BATU tersemat dalam ingatan.


SALAM MERDEKA BUMI BERTUAHKU MALAYSIA,

SEIRING RAMADHAN SEMOGA KEMERDEKAAN PENUH KERAHMATAN,

MARI MERAIH KEMERDEKAAN LAHIRIAH JUA ROHANIAH!

No comments:

Post a Comment